Wednesday, February 6, 2008

seripakma@iramestika

Hai,

Dah lama sangat tak tulis blog, sampai dah lupa password seripakma. So kena register baru... i.e. "iramestika". Teman suka sangat kat nama ni. Nama ni macam dah sebati dalam jiwa dan amat bermakna sekali. Sebenarnya ada sentimental value lah sebab dot...dot..dot... Hanya close family yang tahu.

Selamat tinggal seripakma and welcome iramestika. Anyway orang yang memblog tetap sama. Selama setahun lebih tak 'memblog' banyak jugak cerita yang nak diceriterakan. Macam2 dalam kepala ni tapi nanti teman tulislah slowly.



Pejam celik pejam celik dah raya Cina balik. Maknanya dah setahunlah teman pergi Shanghai. Masa Boss offer teman join staff East Malaysia for their 'tour cum annual dinner' kat Shanghai tu, teman memang terkejut badak. Tak pernah termimpipun nak dapat peluang macam ni walaupun kadang2 tu jealous jugak tengok colleague kita pergi oversea especially sales and technical staff yang pergi kursus sambil jalan2 makan angin. Entah macamana dah rezeki agaknya, so dapatlah teman menjejakkan kaki kat bumi China tu.
Shanghai adalah satu kota metropolitan. Banyak pencakar langit yang bermacam rupa dan lebuhrayanya bertingkat2. Ada lebuhraya bawah tanah merentas bawah sungai Huangpou yang menghubungkan Puxi (kota lama) dan Pudong (kota baru) yang tak silap teman berusia hampir 20 tahun. Rasanya adalah jugak dekat 10 minit kat dalam perut bumi tu sebelum kita sampai ke Pudong dari Puxi yang merupakan kawasan penempatan.


Dekat sana teman berpeluang naik maglev train lebih kurang 430km/h dari Pudong airport ke pusat bandar. Tak sampai 10 minit dah sampai pusat bandar yang jauhnya lebih 60 km. Hari tu train tu slow sikit sebab cuaca berkabus. Masa teman pergi tu kat sana musim sejuk. Kami sampai Pudong airport waktu subuh, suhunya pagi tu 8 darjah C.


Oleh kerana kami pergi tu masa raya cina, so Shanghai meriah dengan hiasan tanglung merah kelihatan dimana-mana. Dentuman mercun kedengaran di sana-sini. Kedai2 banyak yang tutup berikutan dengan cuti am. No traffic jam sebab kebanyakan orang balik kampung tetapi jumlah pelancung memang ramai.





Suasana malam kat Shanghai memang meriah sekali serta terang benderang. Kita berpeluang naik bot kat sungai Huang Pou sambil menikmati pemandangan yang indah di kiri kanan sungai. Setiap bangunan di limpahi cahaya. Khabarnya kerajaan China membelanjakan berjuta2 yuan untuk menampung kos elektricitynya untuk satu malam semata-mata untuk menarik pelancung datang ke Shanghai.






Di sana teman berpeluang naik 'Pearl of Orient Tower', melawat Aquariumnya (khabarnya lebih canggih dari Aquaria). Di sini banyak taman2 bunga yang indah serta bunga2 yang unik (macam bunga kubis aje) tempat orang ramai bersantai. Melawat 'The Bund' iaitu bangunan kolonial yang tersergam berabad lamanya. Padanlah Shanghai ni amat moden, munkin sebab kesan penjajahan British telah membuatkan pemikiran mereka lebih advance dan lebih terbuka dari wilayah Cina yang lain.
Dari kota, teman berpeluang melawat desanya di Hangzou dan Suzhou. Lebih menarik dapat belayar menaiki bot merentasi 'terusan sutera' buatan manusia yang dilalui Marco Polo dulu. Dalam kemodenan mereka masih mengekalkan perkampungan air. Tempat tu dikenali sebagai Venice of the East. Nak tau tak Suzhou terkenal sebagai pengeluar suteranya yang paling halus.





Kami sempat melawat kilang suteranya dan belajar serba sedikit tentang sutera. Rupa2nya sutera cina yang murah2 yang dijual di negara kita cumalah sutera tiruan yang dibuat dari bahan kitar semula seperti plastik. Sutera asli memang mahal tetapi tahan lama. Bezanya, yang 'Ori' ni kalau terkena api, payah nak terbakar jika dibandingkan dengan yang tak ori tapi OK tu.











Teman belilah juga 2 mtr sutera asli yang harganya mencecah RM100 per meter. Temanpun ada beli bantal yang ada "tahi ulat sutera" yang khabarnya baik untuk kesihatan khas untuk cik abang sebab dia selalu komlen sakit tengkuk dan kepala. Tapi walaupun dah setahun pakai bantal tu, nampak macam sama saja.
Rupanya Shanghai ni antara tempat 'shopping' yang popular di dunia. Bayangkanlah berjuta manusia membanjiri 'Nanjing Road' sampai nak bergerakpun susah. Di sini banyak barang berjenama tiruan yang amat murah. Our tour guide siap bagi tip lagi, kalau nak beli mesti tawar separuh dari harga yg asal, kalau tak bagi pergi cari kat tempat lain. Teman sempatlah beli beg 'Prada' lebihkurang RM80. Kat sini orangnya 'slim mlim' belaka. So kalau nak beli baju, yang normally saiz 'M' tu kenalah cari saiz 'L'. Yang tak bestnya diaorang tak pandai speaking. So kami yang melayu ni kenala ikut budak EM yang kebanyakannya padai cakap mandarin. Kalau tak kenalah tawar menawar pakai calculator. Lagi satu kalau dah tawar tapi tak beli jangan pergi balik kedai tu, dia orang bolayanlah.


Oleh kerana ada lebih kurang 12 orang muslim dalam kumpulan kami jadi kami dibawa ke restoran Muslim. Tiap2 kali waktu makan wajib ada 'daging biri2'. Selalu tu kat Malaysia teman tak berapa berkenan tapi masa tu rasa sedapla pulak. Bagus jugak untuk memanaskan badan yang hampir beku. Daging biri2 tu ada yang masak dengan rempah ala2 rendang gitu, ada yang dimasak kari dan ada yang dicucuk macam sate dan dipanggang. Rasa rempahnya amat unik tetapi sedap sekali tak macam rempah di sini. Tapi yang best tu , satu malam tu lepas dinner kami dihiburkan dengan pertunjukan tarian gelek. Kami dijemput sama untuk menari. Mujurla ada Anita yang sporting dan yang penting pandai cakap mandarin. Selain memperkenalkan Malaysia, dia siap tunjukkan tarian sumazounya dengan iringan gendang.
Itulah antara pengalaman menarik yang menjadi pengalaman manis bagi teman. Tapi yang tak berapa manis pun ada jugak. Bayangkahlah tiap2 kali berjalan mesti bawak 'mineral water'. Bukannya untuk diminum tapi ... sebabnya kat mana2 toilet kat sini samada tempat Muslim atau tak Muslim tak ada paip air. So faham2 lah ya.