Monday, August 25, 2008

Demam lagi......

Bulan ni, antibody aku betul-betul lemah. Hari Jumaat sudah aku demam teruk sampai tak boleh bangun. Suhu badan mencecah 39 darjah celcius. Seluruh badan lenguh-lenguh dan setiap sendi sakit sangat. Bila makan pain killer, demamnya tahanlah 4 jam tapi leguh-lenguh tak berkurangpun. Hari tu aku makan ubat, aku tidor dan baring aje. Selera makan langsung tak ada tapi terpaksalah juga makan meehoon sup yang cek abang beli demi untuk makan ubat. Yang lain-lain tu aku tak peduli. Babypun aku tak sentuh.


Sebenarnya, aku dah rasa seram sejuk masa di ofis lagi pada hari Khamis tapi aku tak kisah sangat sebab nak habiskan kerja. Aku dah cakap dengan boss aku, kalau aku dapat habiskan 'payroll' hari tu, aku nak cuti hari Jumaat. Almaklumlah cuti sekolah ni kami tak ke mana-mana. Selain dari kesibukan aku, Pina pulak tak sihat diserang lelah. Kami asyik berulang ke klinik buat nebuliser. Petang Selasa, doktor dah siap tulis surat refer ke SMC, kalau malam tu dia masih tercungap-cungap, eloklah dia dimasukkan ke wad saja supaya dapat buat nebuliser lebih kerap.


Aku dah resah, mana nak habiskan kerja yang melambak, lepas tu rasa guilty tak dapat jaga Pina. Nasib baik cuti sekolah, jadi aku serahkan penjagaan Pina pada Kak Yong dan Angah. Aku cuma monitor dari ofis. Namun hati mana yang tak tersentuh bila Pina telefon aku cakap "Pina rindu Mak...Pina nak mak!!!" Menitis airmata aku dibuatnya.

Alhamdulillah Pina semakin baik, tak payah pergi ke hospital. Maka, itulah sebabnya aku berazam untuk bercuti pada hari Jumaat. Namun, kita hanya merancang, Tuhan juga yang menentukan. Ditakdirkan aku pulak tak boleh bangun hari tu, jadi tak kemanalah juga.

Hari Sabtu, walaupun masih tak berapa larat, aku balik kampung jugak. Mak buat kenduri sambut puasa, aku pun join sama untuk Aqiqah Naeem. Semuanya dah dirancang awal-awal lagi, dah tak boleh nak cancel dah.


Sampai kat Bidor, aku tengok suami aku dah 'moyok' macam tak sihat. Dia dah mula makan panadol. Lepas kenduri kami semua keletihan dan tertidor. Petang tu sebelum balik, Angah mengadu sakit tekak dan batuk-batuk. Tengah malam tu Kak Yong pulak. Naeempun dah mula bersin dak asyik merengek. Cuma Pina aje yang masih aktif walaupun batuk- batuk sikit. Alamak... sahlah dia orang dah terjangkit demam aku. Kesiannya.


Semalam kami satu family pergi klinik. Ha..ha.. hari ini dalam sejarah, kami semua dapat M.C. untuk hari Isnin. Doktor suruh kami rehat tak payah pergi sekolah dan kerja sebab dikhuatiri menjangkiti orang lain pulak. Alamak kena kuarantinlah pulak.


Semalam saja bil klinik mencecah RM270.00. Mujurlah company tanggung. Kalaulah orang yang susah dan berkerja sendiri, macamana agaknya ya. Tapi, mungkin mereka mempunyai ketahanan mental yang boleh mengatasi segala kesakitan dengan cara mereka sendiri. Macam Maid aku yang masih kebal. Hari tu aku dengar dia batuk-batuk tetapi sekarang dah hilang. Aku tanya dia buat macamana, dia kata dia cuma minum air suam campur garam aje. Kalau ada 'jeruk' (limau nipis) lagi bagus boleh dicampur garam atau kicap (untuk budak2). Kalau di Indon dia makan jamu saja.


Macam tak percaya aje, benda senang macam tu boleh membaikkan penyakit. Pokok pangkalnya, kita juga. Rasanya kalau kita bersikap positif maka positiflah jadinya. Walaubagaimanapun, kita harus berserah kepada Allah, setelah kita berusaha mencari penawar bagi setiap penyakit yang kita hidapi.

Thursday, August 14, 2008

Aduh Mak sakitnya....

Hari ini aku M.C. lagi. Sebenarnya 2 hari lepas aku dah M.C. dah. Aku ni kalau sakit sikit-sikit tak mainla nak m.c. Tapi kali ni aku tak tahan betul, sakit sangat kat bahagian tepi telinga membawa ke pipi dan menjalar ke kepala. Tak boleh tido beb.

So, hari Selasa tu aku pergi ke klinik F, panel klinik ofis aku. Doktor tanya aku sakit kat mana, aku susah nak cerita. Dia cek telinga aku, dia kata bersih sangat. Aku kata ada 'ulcer' kat bawah pangkal lidah tapi tak la sakit sangat. Dia pun cek kat situ, dia kata boleh tahan 'beso'nya dan bengkak sikit.

Jadi kata dia, sakit telinga tu berpunca dari situ. Dia pun prescribe ubat sapu dan voltaren untuk tahan sakit, dua tiga hari baiklah katanya. Aku tanya boleh M.C. tak sebab aku ngantok sangat sebab tak tido malam. Dia macam tak nak bagi aje. Lepas to dia cek darah tinggi, dia terkejut jugak sebab bacaannya 140/100. Tinggi tu, sebab dia doktor baru kat situ dan tak kenal aku, dia tak tau sejarah aku. Dia tanya samada aku ada darah tinggi ke tidak. Aku cakap tak adala, masa mengandungpun darah tinggi OK, jadi aku cakapla kat dia mungkin sebab kesakitan itu lah yang buat darah aku naik. Barulah aku dapat m.c.

Balik tu, lepas makan ubat dan sapu ubat, bolehlah aku tido kejap, yang leceh tu aku kena sapu ubat tu 2 jam sekali. Tahanlah sikit sakitnya.

Semalam aku pergi kerja macam biasa. Aku tengok tray aku dah menggunung. Itu baru sehari tak datang kerja. Buka email ada macam-macam ceritera. Lepas tu Bos panggil aku suruh sediakan dokumen-dokumen yang dikehendaki. Bengang betul aku kalau orang bagi aku 'short notice' ni. Kalau orang biasa aku tak layan pun, tapi dek kerana 'orang beso' terpaksalah diikutkan jugak. Kadang-kadang tu aku rasa bersalah jugak atas sikap 'double-standard' ni, tapi apo nak dikato... cari makan beb

Dek kerana terlampau asyik nak siapkan kerja, aku tak bersarapanpun, jadi aku taklah makan ubat tahan sakit tu. Ingat kut dah OK. Sebab sibuk jugaklah aku miss nak sapu ubat 2 jam sekali tu. Ngam-ngam kerja aku siap, sakit tu datang balik. Lepas lunch aku pun makan ubat tapi sakitnya tak berkurangpun. Aku bantai sapu ubat sejam sekali tapi tak ada perubahanpun. Badan aku dah seram sejuk. Dok fikir nak balik rumah aje.

Malam tadi aku pergi klinik P pulak. Bukannya apa cuma nak dapatkan second opinion, doktor ni memang berpengalaman tapi dia ni bukan panel klinik ofis aku. Jadi akupun ceritalah masalah aku, masa dia tekan tepi telinga aku sakitnya mak oooi. Dia cek kelenjar aku, dia sahkan kelenjar ku bengkak. Lepas tu dia cek ulcer tu, dia kata ulcer yang macam kereta tu dah nak baik tapi kuman tu dak merebak ke kelenjar, jadi aku mesti makan antibiotik kalau nak baik cepat. Lagipun aku demam sikit. Lepas tu dia bagi aku strong pain killer yang buat kita mengantuk, so dia bagilah aku m.c. hari ini

Alhamdullilllah, pagi ni aku dah ok sikit. Sekurang-kurangnya aku dah boleh bukak mulut besar sikit. Semalam, bersin pun seksa. Terpaksalah pergi mcdonald makan bubur nasi. Hari ni boleh makan nasi biasa kut...

Bila difikirkan balik, tak sangka ya betapa ulcer yang kecik tu boleh membawa kepada kesakitan yang amat sangat dan membawa kepada m.c. 2 hari.

Kesimpulannya, kita jangan memadang remeh pada perkara yang kecil kerana perkara kecil juga merupakan punca kepada permasalahan yang lebih besar sekiranya kita tidak prihatin akan kemunculannya.

Saturday, August 9, 2008

Alahai Naeem Danish

NAEEM DANISH








Dah lama tak tulis blog, almaklumlah masa macam tak mencukupi saja kerana tanggungjawab makin besar. Aku sendiri tak sangka dalam usia yang dah melewati angka 40 han ni, rupa-rupanya aku masih ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Lebih mengembirakan kali ini aku dikurniakan seorang putera setelah hidup kami ceria bersama 3 orang puteri.







Aku sendiri tak menyangka bahawa aku pergi ke Shanghai 'berdua'. Kami mendapat perkhabaran ini selepas aku pulang dari Shanghai. Alhamdullillah, macam biasa aku tak alahpun, cuma kali ni aku tak kuat makan. Ramai yang menegur aku makin kurus, tapi yang best tu ada yang tak sedar aku dah berisi, sehinggalah aku pakai 'uniform'. Masa mula-mula tu aku segan sangat, aku selalu fikir apa kata orang di sekelilingku. Tapi lama-kelamaan aku makin tak sabar menanti kelahiran bayiku.



SWEETHEART






Tahun 2007 adalah kali pertama aku beraya di rumahku sendiri lantaran 'due date' kira-kira 3 minggu selepas raya. Takut pulak nak balik kampung, takut terbersalin dalam trafic jam. Tak seronoknya raya kat sini, walaupun emak ku ada beraya bersamaku. Kesian dia, terpaksa berkorban kerana aku.










Aku makin resah bila tiada tanda-tanda aku nak bersalin. Pada pemeriksaan yang terakhir Puan Doktor menyuruh aku datang semula pada 6/11/2007 untuk di 'induce'. Pagi-pagi lagi kami sudah ke hospital. Walaupun serik kena induce pada kelahiran yang lalu tetapi aku dah tidak sabar untuk menyambut kelahiran bayiku.










Namun, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan, aku terkejut badak bila diberitahu aku terpaksa dibedah pula lantaran kepala bayiku tidak berada diposisi yang sepatutnya. Aku mengelabah betul, nasib baik suami dan anak-anak serta keluarga memberi semangat. Ini merupakan pembedahan yang pertama dalam hidupku, malah dalam sejarah keluargaku juga.










Aku dibius separuh badan. Malunya tak tau nak kata kerana nasib tak baik aku mendapat pakar bius lelaki begitu juga dengan petugas lelaki di dewan pembedahan. Lebih mencemaskan bila petugas-petugas berbincang sesama sendiri tentang tak tau nak bagi antibotik apa kerana aku arlegik pada satu antibiotik.







Akhirnya, selepas dibius, sekelip mata aku tak merasa apa-apa dari pinggang ke kaki. Di sebalik tabir, aku merasa perutku dikuak dan seketika kemudian terdengarlah suara tangisan bayiku. Dalam keadaan sebak aku bertanya kepada Puan doktor tentang jantina bayiku untuk kepastian kerana sebelum itu aku telah dikhabarkan akan mendapat bayi lelaki semasa ultra sound. Alhamdullillah aku dikurniakan seorang putera yang sempurna sifatnya dan montel pula dengan beral 3.8 kg.
















SELAMAT DATANG PUTERAKU








Aku amat bersyukur di atas kurniaan Ilahi ini sekurang-kurangnya aku dapat menghadiahkan seorang 'teman' untuk ke masjid kepada suamiku.







MAK...SAYA NGANTOK LARH....






Bayi ini kami namakan Naeem Danish yang bermaksud kesenangan dan kecerdasan. Semoga Naeem Danish akan menjadi anak yang soleh dan boleh menjadi waris bagi keluarga ini apatah lagi menjadi wali kedua terdekat untuk kakak-kakaknya.









PRINCE CHARMING







Sekarang, Naeem telahpun berusia 9 bulan. Dia makin nakal dan amat lasak tetapi dia juga makin comel dan bijak. Dan dia adalah penghibur keluarga kami.










KELUARGAKU, SYURGAKU