Thursday, August 14, 2008

Aduh Mak sakitnya....

Hari ini aku M.C. lagi. Sebenarnya 2 hari lepas aku dah M.C. dah. Aku ni kalau sakit sikit-sikit tak mainla nak m.c. Tapi kali ni aku tak tahan betul, sakit sangat kat bahagian tepi telinga membawa ke pipi dan menjalar ke kepala. Tak boleh tido beb.

So, hari Selasa tu aku pergi ke klinik F, panel klinik ofis aku. Doktor tanya aku sakit kat mana, aku susah nak cerita. Dia cek telinga aku, dia kata bersih sangat. Aku kata ada 'ulcer' kat bawah pangkal lidah tapi tak la sakit sangat. Dia pun cek kat situ, dia kata boleh tahan 'beso'nya dan bengkak sikit.

Jadi kata dia, sakit telinga tu berpunca dari situ. Dia pun prescribe ubat sapu dan voltaren untuk tahan sakit, dua tiga hari baiklah katanya. Aku tanya boleh M.C. tak sebab aku ngantok sangat sebab tak tido malam. Dia macam tak nak bagi aje. Lepas to dia cek darah tinggi, dia terkejut jugak sebab bacaannya 140/100. Tinggi tu, sebab dia doktor baru kat situ dan tak kenal aku, dia tak tau sejarah aku. Dia tanya samada aku ada darah tinggi ke tidak. Aku cakap tak adala, masa mengandungpun darah tinggi OK, jadi aku cakapla kat dia mungkin sebab kesakitan itu lah yang buat darah aku naik. Barulah aku dapat m.c.

Balik tu, lepas makan ubat dan sapu ubat, bolehlah aku tido kejap, yang leceh tu aku kena sapu ubat tu 2 jam sekali. Tahanlah sikit sakitnya.

Semalam aku pergi kerja macam biasa. Aku tengok tray aku dah menggunung. Itu baru sehari tak datang kerja. Buka email ada macam-macam ceritera. Lepas tu Bos panggil aku suruh sediakan dokumen-dokumen yang dikehendaki. Bengang betul aku kalau orang bagi aku 'short notice' ni. Kalau orang biasa aku tak layan pun, tapi dek kerana 'orang beso' terpaksalah diikutkan jugak. Kadang-kadang tu aku rasa bersalah jugak atas sikap 'double-standard' ni, tapi apo nak dikato... cari makan beb

Dek kerana terlampau asyik nak siapkan kerja, aku tak bersarapanpun, jadi aku taklah makan ubat tahan sakit tu. Ingat kut dah OK. Sebab sibuk jugaklah aku miss nak sapu ubat 2 jam sekali tu. Ngam-ngam kerja aku siap, sakit tu datang balik. Lepas lunch aku pun makan ubat tapi sakitnya tak berkurangpun. Aku bantai sapu ubat sejam sekali tapi tak ada perubahanpun. Badan aku dah seram sejuk. Dok fikir nak balik rumah aje.

Malam tadi aku pergi klinik P pulak. Bukannya apa cuma nak dapatkan second opinion, doktor ni memang berpengalaman tapi dia ni bukan panel klinik ofis aku. Jadi akupun ceritalah masalah aku, masa dia tekan tepi telinga aku sakitnya mak oooi. Dia cek kelenjar aku, dia sahkan kelenjar ku bengkak. Lepas tu dia cek ulcer tu, dia kata ulcer yang macam kereta tu dah nak baik tapi kuman tu dak merebak ke kelenjar, jadi aku mesti makan antibiotik kalau nak baik cepat. Lagipun aku demam sikit. Lepas tu dia bagi aku strong pain killer yang buat kita mengantuk, so dia bagilah aku m.c. hari ini

Alhamdullilllah, pagi ni aku dah ok sikit. Sekurang-kurangnya aku dah boleh bukak mulut besar sikit. Semalam, bersin pun seksa. Terpaksalah pergi mcdonald makan bubur nasi. Hari ni boleh makan nasi biasa kut...

Bila difikirkan balik, tak sangka ya betapa ulcer yang kecik tu boleh membawa kepada kesakitan yang amat sangat dan membawa kepada m.c. 2 hari.

Kesimpulannya, kita jangan memadang remeh pada perkara yang kecil kerana perkara kecil juga merupakan punca kepada permasalahan yang lebih besar sekiranya kita tidak prihatin akan kemunculannya.

No comments: