Monday, August 25, 2008

Demam lagi......

Bulan ni, antibody aku betul-betul lemah. Hari Jumaat sudah aku demam teruk sampai tak boleh bangun. Suhu badan mencecah 39 darjah celcius. Seluruh badan lenguh-lenguh dan setiap sendi sakit sangat. Bila makan pain killer, demamnya tahanlah 4 jam tapi leguh-lenguh tak berkurangpun. Hari tu aku makan ubat, aku tidor dan baring aje. Selera makan langsung tak ada tapi terpaksalah juga makan meehoon sup yang cek abang beli demi untuk makan ubat. Yang lain-lain tu aku tak peduli. Babypun aku tak sentuh.


Sebenarnya, aku dah rasa seram sejuk masa di ofis lagi pada hari Khamis tapi aku tak kisah sangat sebab nak habiskan kerja. Aku dah cakap dengan boss aku, kalau aku dapat habiskan 'payroll' hari tu, aku nak cuti hari Jumaat. Almaklumlah cuti sekolah ni kami tak ke mana-mana. Selain dari kesibukan aku, Pina pulak tak sihat diserang lelah. Kami asyik berulang ke klinik buat nebuliser. Petang Selasa, doktor dah siap tulis surat refer ke SMC, kalau malam tu dia masih tercungap-cungap, eloklah dia dimasukkan ke wad saja supaya dapat buat nebuliser lebih kerap.


Aku dah resah, mana nak habiskan kerja yang melambak, lepas tu rasa guilty tak dapat jaga Pina. Nasib baik cuti sekolah, jadi aku serahkan penjagaan Pina pada Kak Yong dan Angah. Aku cuma monitor dari ofis. Namun hati mana yang tak tersentuh bila Pina telefon aku cakap "Pina rindu Mak...Pina nak mak!!!" Menitis airmata aku dibuatnya.

Alhamdulillah Pina semakin baik, tak payah pergi ke hospital. Maka, itulah sebabnya aku berazam untuk bercuti pada hari Jumaat. Namun, kita hanya merancang, Tuhan juga yang menentukan. Ditakdirkan aku pulak tak boleh bangun hari tu, jadi tak kemanalah juga.

Hari Sabtu, walaupun masih tak berapa larat, aku balik kampung jugak. Mak buat kenduri sambut puasa, aku pun join sama untuk Aqiqah Naeem. Semuanya dah dirancang awal-awal lagi, dah tak boleh nak cancel dah.


Sampai kat Bidor, aku tengok suami aku dah 'moyok' macam tak sihat. Dia dah mula makan panadol. Lepas kenduri kami semua keletihan dan tertidor. Petang tu sebelum balik, Angah mengadu sakit tekak dan batuk-batuk. Tengah malam tu Kak Yong pulak. Naeempun dah mula bersin dak asyik merengek. Cuma Pina aje yang masih aktif walaupun batuk- batuk sikit. Alamak... sahlah dia orang dah terjangkit demam aku. Kesiannya.


Semalam kami satu family pergi klinik. Ha..ha.. hari ini dalam sejarah, kami semua dapat M.C. untuk hari Isnin. Doktor suruh kami rehat tak payah pergi sekolah dan kerja sebab dikhuatiri menjangkiti orang lain pulak. Alamak kena kuarantinlah pulak.


Semalam saja bil klinik mencecah RM270.00. Mujurlah company tanggung. Kalaulah orang yang susah dan berkerja sendiri, macamana agaknya ya. Tapi, mungkin mereka mempunyai ketahanan mental yang boleh mengatasi segala kesakitan dengan cara mereka sendiri. Macam Maid aku yang masih kebal. Hari tu aku dengar dia batuk-batuk tetapi sekarang dah hilang. Aku tanya dia buat macamana, dia kata dia cuma minum air suam campur garam aje. Kalau ada 'jeruk' (limau nipis) lagi bagus boleh dicampur garam atau kicap (untuk budak2). Kalau di Indon dia makan jamu saja.


Macam tak percaya aje, benda senang macam tu boleh membaikkan penyakit. Pokok pangkalnya, kita juga. Rasanya kalau kita bersikap positif maka positiflah jadinya. Walaubagaimanapun, kita harus berserah kepada Allah, setelah kita berusaha mencari penawar bagi setiap penyakit yang kita hidapi.

No comments: